Sunday, March 22, 2009

Sup Ekor Asam Pedas













BAHAN-BAHAN:
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 kg ekor lembu - direbus hingga empuk
  • 50 gm bawang merah
  • 50 gm bawang putih
  • 40 gm halia
  • 40 gm lengkuas
  • 4 batang serai
  • 50 gm cili padi
  • 5 tangkai daun kesum
  • 50 gm bunga kantan
  • 100 gm cili giling
  • 4 cawan air asam jawa
  • 2 sudu teh garam
BAHAN UNTUK HIASAN:
  • Bawang goreng
  • Daun sup
CARA MEMBUATNYA:
  1. Panaskan minyak masak, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan cili padi yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik bau.
  2. Kemudianmasukkan cili giling, kacau hingga masak.
  3. Setelah garing, masukkan air asam jawa. Kacau rata-rata.
  4. Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  5. Akhir sekali masukkan garam. Taburkan daun sup dan bawang goreng untuk menambahkan aroma sup itu.

Friday, March 20, 2009

Petola Tumis


BAHAN-BAHAN:
  • 1 biji petola
  • 2 tangkal cili merah
  • 2 ulas bawang merah
  • 400gm udang segar
  • 1 ulas bawang putih
  • Garam serta serbuk perasa secukupnya
  • Suhun
CARA MEMBUATNYA:
  1. Petola dibuang kulit kerasnya serta dikikis sedikit kulit luarnya. Setelah itu dipotong bulat-bulat.
  2. Cili merah, bawang merah dan bawang putih dimayang halus.
  3. Udang dibersihkan serta dibuang kulitnya.
  4. Rendamkan suhun dengan air sejuk seketika. Sementara itu rebus air di dalam periuk.
  5. Masukkan bersama undang, bawang dan cili yang telah dimayang dan biarkan sehingga mendidih. Selepas itu masukkan petola dan tambahkan garam bersama serbuk perasa secukupnya.
  6. Biar seketika tapi jangan terlalu lama. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Monday, February 23, 2009

Kari Ikan


BAHAN-BAHAN:
  • 1 kepala ikan tenggiri
  • 2 sudu serbuk kari ikan
  • 200 gram santan
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • sedikit halba campuran
  • sedikit asam jawa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 5 biji bendi
  • 2 biji tomato - dibelah dua
  • sedikit daun kari
CARA MEMBUAT:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dihiris. Masukkan daun kari dan halba campuran dan goreng hingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan air asam jawa dan rempah kari, kacau sehingga pecah minyak. Masukkan santan, kacau sehingga mendidih.
  3. Akhir sekali masuukan garam dan serbuk perasa diikuti dengan ikan. Masukkan juga bendi dan tomato sebagai hiasan. Biarkan hingga masak. Kemudian sedia dihidangkan untuk kita sama-sama menikmatinya bersama keluarga.
Selamat mencuba....

Thursday, January 8, 2009

Kerabu Pucuk Paku


BAHAN-BAHAN:
  • 3 ikat pucuk paku dibersihkan dan diambil pucuknya sahaja.
  • 500 gram tauge dibuang ekornya.
  • 2 biji bawang besar dihiris.
  • 2 batang serai di mayang halus.
  • 1 kuntum bunga kantan di mayang halus.
  • 3 tangkai daun kesum di mayang halus.
  • 2 biji limau nipis diambil jusnya.
  • 3 sudu besar sambal belacan.
  • 3 sudu besar kerisik.
  • Garam dan gula secukup rasa.
CARA MEMBUAT:
  1. Celur pucuk paku dan tauge. Tos.
  2. Gaulkan kesemua bahan di atas dalam satu mangkuk besar dan rata.
  3. Siap untuk dihidangkan.
Senang, kan! Selamat mencuba.

Wednesday, January 7, 2009

Nasi Ulam

Nasi Ulam Kukus

INGREDIENTS:
600g rice - clean and wash
200g grated coconut - remove skin / mix to water to obtain milk
1/2 cup water
1 clove garlic - bruise
1 pandan leaf (fragrant screwpine)- wash and make a knot
1 tsp salt

METHOD:
  • Boil rice in water to which salt has been added.
  • Add salt, garlic and pandan leaf to coconut milk and bring over low heat.
  • When rice is almost dry, add hot coconut milk and continue to cook over low heat till rice is dry.

Nasi Ambeng

BAHAN-BAHAN:
  • 1 dulang nasi putih
  • 1/2 ekor ayam
  • 4-5 sudu makan serbuk kunyit (bercampur garam)
  • 10-15 sudu makan mihun goreng
  • 10-15 sudu makan serunding udang kering
  • 10-15 sudu makan sambal goreng
  • 1 biji timun / dihiris nipis
  • 1 helai daun daun pisang / dibersih dan dibuang empulur.
  • 10-15 ekor ikan bulu ayam
  • 6-10 keping rempeyek
  • Minyak masak secukup
CARA MEMASAKNYA:
  1. Perap ayam dengan serbuk kunyit kemudian digoreng hingga garing.
  2. Goreng pula ikan bulu ayam hingga garing.
  3. Potong dua daun pisang dan lapiskan sebelah belakangnya di atas dulang.
  4. Letakkan nasi di atas daun pisang. Diikuti dengan meletakkan mihun di atas nasi.
  5. Susun pula sambal goreng, diikuti serunding dan ayam goreng di sebelahnya membentuk bulatan (dengan kedudukan kaki ayam mestilah selari dengan pangkal daun pisang).
  6. Susun timun yang telah dihiris, rempeyek dan ikan goreng di antaranya sebagai pelengkap hidangan. Sedia dinikmati.

Sunday, January 4, 2009

Kari Kepala Ikan Cara Nyonya

BAHAN-BAHAN:

1 potong kepala ikan merah / dibelah dua
50gm rempah kari ikan
1 tangkal daun kari
3 sudu makan air asam jawa
1 liter air
250ml santan
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

BAHAN-BAHAN PES (DIKISAR)

1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
200gm bawang merah
100gm bawang putih
1 inci belacan
100gm cili merah
3 batang serai

BAHAN-BAHAN HIASAN:

4 biji bendi
1 biji terung
2 biji tomato
5 biji tauhu pok

CARA MEMASAKNYA:

  1. Tumis bahan dikisar bersama daun kari sehingga setengah masak.
  2. Masukkan serbuk kari dan kacau hingga wangi
  3. Masukkan air dan air asam jawa dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan santan dan ikan. (perlahankan api)
  5. Setelah ikan setengah masak, barulah dimasukkan bahan hiasan dan garam. Biarkan selama lima minit.