Thursday, January 8, 2009

Kerabu Pucuk Paku


BAHAN-BAHAN:
  • 3 ikat pucuk paku dibersihkan dan diambil pucuknya sahaja.
  • 500 gram tauge dibuang ekornya.
  • 2 biji bawang besar dihiris.
  • 2 batang serai di mayang halus.
  • 1 kuntum bunga kantan di mayang halus.
  • 3 tangkai daun kesum di mayang halus.
  • 2 biji limau nipis diambil jusnya.
  • 3 sudu besar sambal belacan.
  • 3 sudu besar kerisik.
  • Garam dan gula secukup rasa.
CARA MEMBUAT:
  1. Celur pucuk paku dan tauge. Tos.
  2. Gaulkan kesemua bahan di atas dalam satu mangkuk besar dan rata.
  3. Siap untuk dihidangkan.
Senang, kan! Selamat mencuba.

No comments: