Sunday, March 22, 2009

Sup Ekor Asam Pedas













BAHAN-BAHAN:
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 kg ekor lembu - direbus hingga empuk
  • 50 gm bawang merah
  • 50 gm bawang putih
  • 40 gm halia
  • 40 gm lengkuas
  • 4 batang serai
  • 50 gm cili padi
  • 5 tangkai daun kesum
  • 50 gm bunga kantan
  • 100 gm cili giling
  • 4 cawan air asam jawa
  • 2 sudu teh garam
BAHAN UNTUK HIASAN:
  • Bawang goreng
  • Daun sup
CARA MEMBUATNYA:
  1. Panaskan minyak masak, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan cili padi yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik bau.
  2. Kemudianmasukkan cili giling, kacau hingga masak.
  3. Setelah garing, masukkan air asam jawa. Kacau rata-rata.
  4. Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  5. Akhir sekali masukkan garam. Taburkan daun sup dan bawang goreng untuk menambahkan aroma sup itu.

Friday, March 20, 2009

Petola Tumis


BAHAN-BAHAN:
  • 1 biji petola
  • 2 tangkal cili merah
  • 2 ulas bawang merah
  • 400gm udang segar
  • 1 ulas bawang putih
  • Garam serta serbuk perasa secukupnya
  • Suhun
CARA MEMBUATNYA:
  1. Petola dibuang kulit kerasnya serta dikikis sedikit kulit luarnya. Setelah itu dipotong bulat-bulat.
  2. Cili merah, bawang merah dan bawang putih dimayang halus.
  3. Udang dibersihkan serta dibuang kulitnya.
  4. Rendamkan suhun dengan air sejuk seketika. Sementara itu rebus air di dalam periuk.
  5. Masukkan bersama undang, bawang dan cili yang telah dimayang dan biarkan sehingga mendidih. Selepas itu masukkan petola dan tambahkan garam bersama serbuk perasa secukupnya.
  6. Biar seketika tapi jangan terlalu lama. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.